Pages

Saturday, 4 March 2017

Syurga Yang Tidak Dirindukan 2

Bukan lah pengikut filem mahupun drama tanah air, kpop dan lain2.
cuma diri ini kini lebih memilih ilmu tawhid dan bersifat mujahideen..

Terlintas difikiran melihat perjalanan SYTD2 ni di pawagam..

Andai pemilik nyawa sebelah melihat ayat ini dan sekiranya suatu hari ingin meminta izin serta restu untuk yg kedua..

SAYA IZINKAN DAN RESTUKAN HUBUNGAN TERSEBUT

     DENGAN SYARAT

  1. Hafalkan dahulu A-Quran dan silakan.
Dan sekiranya, 
  1. Solatnya masih lompong
  2. Kesabaran bukan daripada kehidupannya
  3. Tidak mempunyai waktu untuk keluarga terdahulu dan waktu buat keluarga kecil
Lupakan saja hasrat tersebut, keran yang hadir  antara selepas isteri cuma hawa nafsu


Hadis Rasulullah saw : Seorang lelaki Muslim yang sudah bernikah, melihat seorang perempuan dan jatuh suka padanya, Maka kembalilah ke rumah mu. Kerana ada apa pada perempuan itu, ada pada isterimu

Friday, 3 March 2017

SAHAM

Sambil writing proposal ni.. terlintas nk buka twitter.
Rupanya, dia diuji buat kali ke berapa xpasti *sbb xbertanya.

1 Mac: She text me, Alhamdulillah, terima kasih atas doa, Akk mengandung.
2 Mac : She up on twitter that : risau tapi mampu berserah pada Allah swt..
Her married almost 1 year.

Tabah lah akk untuk ujian ini. Allah swt akan uji pada org yang layak dan mampu menangung ujian ini. 

When i realize..
Ada yang diberikan nikmat rezeki dari pelbagai sumber tapi nikmat kegembiraan kurang
Ada yang diberikan kekayaan tapi tidak diberikan zuriat.
Ada yang sederhana tapi diberikan nikmat kekayaan kebahagian.

Syukur lah yang ada pada masa kini..
Jangan la keji apa yang orang lain ada..
Sdgkan org yang kita lihat melihat pada kita sebalik nya.


... sambung cari ilham....

Thursday, 2 March 2017

Jumaat

Selasai mendengar memahami terjemahan suarah al-waqiah..
Terdetik untuk melihat penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah.

Ringkasan cerita penghijrahan

Rindu untuk menyentuh kain rumahMu.. *Wangian yang sanggup xnk cuci tangan rela makan pakai  sudu..*Syukur, syukur, syukur
Adakah akan dijemput lagi??
Berdoa dan terus istiqamah mencari keredhaan dari Mu.

Wednesday, 1 March 2017

SYURGA

Apa yang selalu dikatakan, syuga itu lah paling indah.
Manakala, neraka tempat seteruk2 tempat..

Tetapi adakah kita sebagai manusia terfikir..

Mudah untuk berkata ingin menjadi ahli syurga.
" Andai esok hari kematian mu, di mana yang ingin masuk?

Adakah kita menjaga penglihatan untuk perkara yang baik2?
Adakah kita menjaga percakapan pabila diuji ujian?
Adakah kita menjaga hati untuk sentiasa bersangka baik?
Dan adakah kita menjaga perjalanan kaki ke majlis ilmu/perkara kebaikan?

MANA MUNGKIN JIKA KITA TIDAK MENJAGA AKHLAK, UNTUK MASUK SYURGA.

Latih diri untuk melihat perkara yang baik2..
Latih diri untuk bercakap yang baik2 walaupun berhadapan dengan musuh.
Latih diri untuk bersangka baik dalam apa jua yang mendatang.
Latih la diri untuk bergerak setapak ker taman-taman syurga.

Bukan la orang yang baik.
Cuma cuba menjadi yang baik dari yang semalam untuk masa hadapan.
Walau lelah sekali pun, tak akan berhenti bila mengambil keputusan untuk berubah.

Jika penat berlari, berjalan lah
Jika penat berjalan, gerak la setapak demi setapak.
Jika penat setapak demi setapak, mengensot lah.
Jika penat mengensot, guling la badan untuk sentiasa bergerak..
Jangan berhenti pabila ia bergerak.

' Barang siapa yang memudahkan orang untuk mencari ilmu, Allah swt akan memudahkan perjalanan nya menuju ke syurga.

Sebenarnya, hari ni ada sambutan Maulidur Rasul. Ini lah kata-kata pada ceramah...

Lahirnya pada 12 Rabiul'awal
Hijrahnya pada 12 Rabiul'awal 1 Hijrah
Wafatnya 12 Rabiul'awal 11 Hijrah (63 tahun)
Nabi Muhammad saw
Rindu bau Rawdah, Rindu merebut ke taman syurga, Rindu bunyian di kawasan angkubah hijau


Kebetulan 1/10/1990 = Isnin (12 Rabiul'awal 1411)

passed 1400 hijrah meninggalkan.


Saturday, 18 February 2017

KEHADIRAN

Selepas beberapa hari pada hari tersebut..

Pelbagai kata-kata yang belum pernah terlintas di fikiran telah diseburkan oleh orang-orang terdahulu yang lebih berpengalaman.. Sungguh jauh diri ini akan khilaf.. Moga dipermudahkan perjalanan dan diberikan ketabahan dalam menempuhi yang akan berlaku diberikan olehNya.

When you high level with Allah swt, He will sent a miracle with same level His love toward you for reward. 

Sabar dan terus berusaha ke arah terbentang luas. 

Jangan sesal perkara yang telah berlaku. Setiap perkara yang telah berlaku dalam kehidupan, itu adalah pengajaran dan pengalaman yang sukar dicari tetapi diberi secara halus dari Pencipta..

Jangan gembira bila dipuji, ucapakan lah, Alhamdulillah, aib ku telah ditutup olehNya.

Moga dikejutkan malam hari untuk berbicara yang terbuku di hati.


Friday, 10 February 2017

Khilaf

Alhamdulillah...

Januari memberikan diri ini ujian. Syukur terasa mahal mata ku untuk tangisi akan manusia tetapi dijatuhkan akan kealpaan dan khilaf kesilapan diri. Petanda telah diberikan satu persatu. Rahsia di bumi haram telah diberikan. Rahsia di bumi kesayangan juga telah diberikan petanda. Kini kembali di bumi yang penuh cubaan dan ujian.

Manusia itu dinilai dari pelbagai sudut.. Bagi ku,

  1. Ilmu
  2. Kemahiran
  3. Sikap
Tetapi berdasarkan kajian dan secara psikologi keatas fikiran yang waras. Ilmu dan kemahiran hanya menyumbangkan 3% kepada perubahan tetapi sikap menyumbangkan kepada 97%.

Note : Jangan sesekali bergantung harap kepada manusia. Kerna manusia mampu berubah sekelip mata. Buktikan kebergantungan kekuatan dalaman hanya kepada Nya.

Sunday, 8 January 2017

Travelog to Umrah # part 3

Perjalanan ibadah ini tertakluk kepada agensi.. Pada mula nya akan ke Makkah Al-Mukarramah (مكة المكرمة). Tetapi beberapa minggu sebelum berangkat, agensi telah memaklumkan akan ke Madinah Al-Munawwarah(المدينة المنورة). Cuma ada beberapa perkara berbeza bagi kedua tempat ni. Personally, di Makkah lebih kepada perkara wajib dimana Tawaf dan Saie. Manakala di Madinah kelebihan kepada suhu dan kesayangan seluruh umat Muslim di dunia iaitu Masjid Nabawi.

* Hanya memberikan beberapa perkara yang perlu, hasil dari beberapa pandangan dan pengalaman. Untuk mengetahui kisah disebalik tempat tersebut, rajin-rajinkan mata dan tangan untuk mencari. Setiap pencarian disebalik tempat tersebut, adalah usaha anda.

Perjalanan Ke Airport

Kumpulan jemaah secara kebetulannya adalah dari setaman. Kami berkumpul di surau taman.. Tepat kul 10pagi*anggaran, menaiki bus menuju ke lapangan terbang KLIA2. Tetiba rindu ngan KLIA. Penerbangan ini boleh dikatakan penerbangan khas lah. Siap check-in luggage, setiap jemaah diberikan taklimat ringkas dan passport dikembalikan untuk berlepas(boarding)

Penerbangan ini akan transit di Ibrahim Nasir International, Male, Maldives (Velana International Airport) @MALE
Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport di Madinah @MED 
MAS --- > MAL ( 4 Jam)
MAL --- > MED (8 Jam)

Makanan ke MALE


Makanan ke MED







* Di bumi Madinah akan bersambung